Tuesday, 14 February 2017

Senarai Kedai harga murah di Kota Tinggi

Di sini saya sertakan sebahagian tempat-tempat membeli-belah yang sering menjadi kunjungan penduduk Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya. Setiap destinasi membeli-belah ini menawarkan harga yang murah dan berpatutan sesuai dengan bajet anda.





1.     KEDAI ECO RM2

alamat : Jalan Jaafar


Tidak perlu diperkenalkan lagi, kedai ini memang sering menjadi kunjungan penduduk di sini. Pemandangan barisan panjang semasa membayar di kaunter pembayaran merupakan pandangan yang biasa di sini. Sekiranya mahu mengelakkan diri dari beratur panjang hendaklah datang ke kedai ini pada pukul 9,30 pagi sewaktu awal pembukaan.

Barang-barang yang dijual kesemuanya berharga RM2,12. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperi barang keperluan rumah, botol air minuman, makanan, bahan plastik, alat tulis, barangan berkebun, buku tulis, barangan keperluan wanita, lelaki, kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.



2. KEDAI ALAT GANTI KERETA SENG LI MARKETING SDN BHD

alamat : Jalan Kerapu 1


Kedai ini menjual bermacam-macam barangan alat ganti kereta tak kira untuk apa jenis model kereta (cermin kereta, mentol lampu, bateri, timing belt, break pad, minyak enjin, dll)



3.      LITTLE GENIUS BABY PRODUCT CENTER

alamat : Jalan Kolam air

Kedai dua tingkat ini menjual pelbagai kelengkapan bayi dan ibu. Harga yang ditawarkan adalah sangat murah terutamanya lampin pakai buang dan produk susu formula. Bagi barangan lain, diskaun akan diberikan jika memiliki kad keahlian

Klik link ini untuk maklumat lanjut 


4.   KEDAI EMAS ANUAR

alamat : Jalan Niaga 9

Bagi penggemar barang kemas, kedai ini sering menjadi kunjungan kerana menawarkan harga emas per gram yang rendah dari harga pasaran. Diskaun istimewa juga diberikan kepada pemegang kad keahlian.

Klik link ini untuk maklumat lanjut 


5.  KEDAI KAIN DI BANDAR KOTA TINGGI  

Alamat : Jalan Niaga Utama

Terdapat berpuluh-puluh deretan kedai kain di sini. Diskaun diberikan jika pembeli bijak tawar menawar dengan penjual. Barang yang djual kain ela, pakaian lelaki wanita, kanak-kanak.



6.   Pasar Borong Tai Hong - menjual pakaian

alamat : jalan kemajuan

Pasar borong tai hong hanya beroperasi setiap hari Jumaat pagi. Pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak ada dijual di sini. Selain itu, terdapat barangan dapur basah turut dijual seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran.

Sila klik kedua-dua link di bawah untuk melihat barang-barang yang dijual ketika hari biasa dan hari raya


7.  ABDUL MOLOK B. ALI - menjual ayam segar

Alamat : Jalan Biru, Taman Laksamana

Kedai ini merupakan kedai pembekal daging ayam segar yang murah. Hanya dibuka pada waktu pagi hingga tengah hari sahaja.





8.   PERNIAGAAN SRI VINAYAGAR - menjual barang plastik dan polisterin

alamat : Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya

Jika ingin mencari barang plastik dan polisterin, kedai ini merupakan pilihan yang bagus. Pelbagai barangan plastik dan polisterin yang murah ada dijual di sini.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk bijak berbelanja.




Sunday, 12 June 2016

Shopping raya di Pasar Borong Tai Hong Kota Tinggi

Raya nak dekat ni, Jom kita shopping ke Pasar Borong Tai Hong pada hari Jumaat. Terdapat beribu-ribu pilihan baju raya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Apa yang menariknya banyak baju raya diberikan diskaun.

Jom kita cuci mata melihat apa yang ada di Pasar Borong Tai Hong.
Fesyen raya 2016 baju kurung polos bercorak dokoh patch

Jubah 

Baju kurung moden shiffon dihiasi sulaman manik
Baju kurung moden shiffon sulaman manik.meletiupss raya ni

Baju melayu lelaki pelbagai warna

Kain pasang yang menimbun sampai rambang mata.semua cantik-cantik

Dress labuh corak belang.effect jadi tinggi


Blouse wanita

Telekung sulam sesuai pakai semasa solat sunat hari raya

Kaftan shiffon dihiasi manik RM50 je


Blouse ni boleh dipadan dengan kain dan seluar


Baju kurung

Jubah kanak-kanak

Kain pasang lagi

shawl / selendang lelong RM10 je

 Baju kurung


Selendang macam-macam ton warna

Baju melayu kanak-kanak

sarung kusyen, table runner, alas meja untuk raya

Alamak tak cukup ke tengok gambar..Hehe takpe ade lagi gambar lain. Jom klik link kat bawah

Pasar Borong Tai Hong PART 1

Jom beramai-ramai sesakkan lagi di Pasar Borong Tai Hong Kota Tinggi. Hanya ada pada pagi Jumaat je tau!! AWASS Datanglah awal-awal pagi..kalau lambat memang confirm dah tak de parking

Jarak cuma 10 minit pemanduan dari Homestay Taman Guru Kota Tinggi

Bagi yang tinggal jauh dari Kota Tinggi, marilah menginap di Homestay kami

Anggerik 3 bilik
Bouganvilla 3 bilik


Sunday, 8 May 2016

Pasar Borong Tai Hong (Jumaat Pagi)

Pasar Borong Tai Hong yang terletak di Jalan Kemajuan, 81900 Kota Tinggi merupakan tempat kunjungan bukan sahaja penduduk Kota Tinggi, malah daerah yang berdekatan seperti Kulai, Ulu Tiram dan Johor Bahru.

Pasar Borong ini beroperasi pada awal pagi setiap hari Jumaat. Beraneka barangan keperluan terutamanya pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak banyak dijual di pasar ini. Selain itu, barang keperluan rumah seperti cadar, alatan dapur dan barang dapur basah seperti daging, ikan, ayam, sayur-sayuran turut dijual.

Apa yang menarik di pasar borong ini ialah beraneka pakaian yang dijual pada harga yang rendah. Malah anda akan berpeluang mendapat harga yang lebih rendah jika bijak tawar-menawar dengan penjual. 


Pakaian wanita RM10

Blouse beraneka warna RM10




Seluar panjang bercorak RM10



Kain pasang RM10

Seluar tidur RM5 - RM10



Wahh murah-murah kan semuanya. Jom kita cuci mata lagi lihat gambar seterusnya

Baju kurung moden









Pelbagai jenis tudung fesyen terkini ada dijual

Blouse wanita 3 helai RM50

Skirt

Jom beramai-ramai membeli belah di pasar borong Tai Hong Kota Tinggi. Hanya ada pada hari Jumaat pagi sahaja. Jarak cuma 10 minit pemanduan dari Homestay Taman Guru Kota Tinggi

Bagi yang tinggal jauh dari Kota Tinggi, marilah menginap di Homestay kami


Sekiranya pengunjung ingin menempah 6 bilik, pintu penghubung antara dua unit rumah ini akan dibuka.

Untuk keterangan lanjut tentang tempahan homestay taman Guru Kota Tinggi
Sila sms, call ataupun whatsapp

Haji Fadzlah   013-3691577
Farah               011-11994345


Sunday, 1 May 2016

Air terjun di Kota Tinggi

Destinasi mandi-manda pilihan di Kota Tinggi ialah di Air Terjun Kota Tinggi. Terletak Kira-kira 14km dari Homestay Taman Guru kota Tinggi.



Perjalanan dari Homestay kami ke Air terjun mengambil masa 15 minit - 20 minit pemanduan.

Air terjun Kota Tinggi  menjadi tumpuan percutian bersama keluarga atau rakan-rakan.

Airnya yang sejuk dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau amat membantu untuk menjadi terapi stress dan sekaligus menyegarkan badan dan merehatkan minda.



Bunyi air terjun yang menderu-menderu menjadi halwa telinga yang indah.
Sudah semestinya memberi ketenangan minda

Air terjun Kota Tinggi juga dilengkapi dengan gelongsor. 
Pengunjung perlu menyewa pelampung untuk menaiki gelongsor.

Pemandangan di bahagian tingkat atas Air terjun

Pengunjung perlu menaiki anak tangga untuk sampai ke bahagian tingkat atas Air Terjun





Gambar-gambar lain di sekitar kawasan air terjun






Sumber gambar  : koleksi pemilik & Google




Video Air Terjun Kota Tinggi


Setelah puas bermandi-manda, bolehlah menginap di Homestay Taman Guru Kota Tinggi.
Kami menawarkan penginapan 3 bilik ataupun 6 bilik. 

Homestay Taman Guru Kota Tinggi terletak di kawasan bandar Kota Tinggi menjadi akses kemudahan asas bagi pengunjung seperti bank, pusat perdagangan, hospital, stesen minyak dan lain-lain.

Kelebihan lain Homestay kami ialah, tempat parking kereta di kawasan rumah yang berpagar boleh memuatkan 8-10 buah kenderaan pada suatu masa.





Kawasan tepi rumah boleh dijadikan tempat bersantai pengunjung sambil menikmati hidangan barbecue. 

Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri dan aircond. Jadi tidak perlu rasa segan lagi menumpang mandi di bilik orang lain.



Amat selesa bagi kegunaan pengunjung yang datang beramai-ramai bersama sanak-saudara ataupun rakan-rakan


Boleh KLIK di link bawah untuk tempahan
⇩⇩⇩


Sekiranya pengunjung ingin menempah 6 bilik, pintu penghubung antara dua unit rumah ini akan dibuka.

Untuk keterangan lanjut tentang tempahan homestay taman Guru Kota Tinggi
Sila sms, call ataupun whatsapp

Haji Fadzlah   013-3691577
Farah               011-11994345

Selamat bercuti dan marilah menginap di homestay kami.