Thursday, 16 November 2017

50gambar Pembukaan Ikea Tebrau yang terbesar di Asia Tenggara pada 16 November 2017

Gedung Ikea yang terbesar di Asia Tenggara telah beroperasi secara rasminya pada 10 pagi 16 November 2017. Di sini terdapat 54 buah bilik pameran berkonsepkan scandinavian di bawah satu bumbung gedung yang berkeluasan 46,713 meter persegi. Di sini juga terdapat kemudahan kawasan permainan kanak-kanak yang diawasi.



Sumber gambar Ikea : Facebook Southern Corridor Malaysia



Ikea Tebrau turut dilengkapi dengan 1771 parking kenderaan di dalam dan di luar bangunan dan akan menjadi destinasi pilihan untuk membeli belah dan bersantai.

Mari lihat gambar sekitar hari pembukaan Ikea Tebrau.

Suasana ketika awal pembukaan sangat sesak
Sumber gambar Facebook 





Masa ni pkul 11.30 pagi dah kurang sesak
Pengunjung yang beratur juga diberi air minuman oleh petugas, manakala pengunjung yang membawa stroller bayi dibenarkan masuk melalui laluan khas tanpa perlu beratur panjang.

Pengunjung disambut mesra oleh pekerja IKEA




berjaya masuk ke dalam Gedung Ikea beratur untuk membuat Kad IKEA


Bahagian 2-3 : RUANG TAMU










Bahagian 4 - Ruang Makan

Bahagian 5 - Dapur















Bahagian 6 - Ruang Kerja






Bahagian 7 - Bilik Tidur

Bahagian 8 - Almari Pakaian dan Storan



















Bahagian 9 - Ruang Kanak-kanak











Bahagian 10 - IKEA FAMILY
Bahagian 11- Restoran dan Kafe IKEA

Sumber gambar makanan : Facebook Lyana Miat

Bahagian 12 -22 : Market Hall

  • Kelengkapan memasak dan hidangan
  • Tekstil
  • Tekstil katil
  • Bilik mandi
  • Susun atur kediaman (Organising)
  • Bahagian lampu
  • Rugs
  • Hiasan dinding
  • cermin
  • Hiasan kediaman
  • Kawasan perabot
  • As-Is Item








Kaunter bayaran



IKEA Sweedish Food Market




Akhirnya berjaya jumpa pintu keluar



Daftar Kad IKEA FAMILY 

Berpeluang untuk menikmati
  • Harga diskaun untuk ahli
  • Kumpul point dan tebus voucher
  • Promosi Hari Jadi - kumpul point
  • Berpeluang menghadiri event untuk member
  • Mendapat Coffee dan tea percuma setiap kali kunjungan


Goodies bag sempena hari pembukaan








Gedung IKEA Tebrau dibuka setiap hari pada pukul 10pagi hingga 10 malam, manakala pada hari Jumaat dan Sabtu akan ditutup pada 11 malam. Pengunjung yang tinggal di luar daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru bolehlah merancang aktiviti percutian dan menginap di Homestay Taman Guru Kota Tinggi. Kami menyediakan penginapan untuk 3 biik sehingga 6 bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan mempunyai bilik air sendiri.

Jarak IKEA Tebrau ke Homestay Taman Guru Kota Tinggi hanyalah 30 minit pemanduan sahaja (33km)




Boleh klik link di bawah untuk melihat gambar homestay

Untuk keterangan lanjut. Anda juga dipelawa untuk

Call / SMS / Whatsapp

013-3691577   Haji Fadzlah
011-11994345 Farah

Untuk whatsapp sila klik link di bawah









Saturday, 23 September 2017

Tempat makan sedap di Kota Tinggi Johor


Berikut adalah 13 tempat makan sedap yang menerima ramai kunjungan pelanggan di Kota Tinggi Johor. Jika menginap di Homestay Taman Guru Kota Tinggi Johor bolehlah mencuba makanan yang sedap ini.

1. Restoran nasi ayam Baser Kota Tinggi

   (Menu utama nasi ayam)



Alamat : Jalan Niaga 2 ,81900 Kota Tinggi
               Jalan Niaga, 81900 Kota Tinggi 
               Jalan Ibrahim, 81900 Kota Tinggi


2.  Restoran Hassan Ong

    (Menu : Masakan seafood, masakan cina muslim, masakan western Steak Rusa dll)
Klik link di sini : Facebook Restoran Hassan Ong

Alamat : No 3 Jalan Tun Habab, 81900 Kota Tinggi


3. Medan Selera RHD

(Menu : Masakan Seafood, masakan kampung, masakan western, tempahan jamuan dewan dan Surau disediakan)



Klik link di sini Facebook Medan Selera RHD

Alamat : Jalan Johor 81900 Kota Tinggi


4. Restoran Ali Baba

(Menu : Nasi Mandy, Nasi Bukhari dan Masakan Arab)


Klik link di sini : Facebook Restoran Ali Baba

Alamat : No 7 Jalan Berlian Utama , Taman Daiman Jaya, 81900 Kota Tinggi


5. Restoran Nasi Lemak Rock 

(Menu : Nasi Lemak Ayam berempah, Nasi Ayam Penyet, Makanan Western)




Alamat : 32 Jalan Indah,Taman Medan Indah 81900 Kota Tinggi


6. Warung Aneka Lempeng, Kampung Makam

( Menu sarapan dan lauk tengah hari : beraneka jenis lempeng, mee bandung udang galah)



Klik link di sini : Facebook aneka lempeng

Alamat : Simpang masuk Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi


7. Tok Wan Bakery & Cafe

(Menu : Kek, pastry, makanan western, shellout)


Klik link di sini : Facebook Tok Wan Bakery & Cafe
Alamat :No 17 a Jalan Kerapu, Kota Heritage commercial center, 81900 Kota Tinggi


8. Bang Cabin's Bistro

(Menu : Western, seafood, makanan kampung)


Klik link di sini : Facebook Bang's Cabin Bistro
Alamat : Jalan Niaga 18, 81900 Kota Tinggi



9. Gerai Belangkas Mahkota

(Menu : Masakan belangkas, masakan melayu)


Klik link di sini : Facebook Gerai Belangkas Mahkota
Alamat : Jalan Tun Sri Lanang, 81900 Kota Tinggi



10. Kedai Masakan Kampung Ibrahim

(Menu : Masakan melayu, masakan seafood, makanan tengah hari)




Alamat : No 1 Simpang Teluk Sengat, 81900 Kota Tinggi
(Jarak 30minit dari homestay)


11. Ongah Corner

(Menu : kuih-muih, pisang goreng, minuman petang)


Klik link di sini : Facebook Ongah Corner
Alamat : Jalan Sungai Siput, 81900 Kota Tinggi

12. Restoran Rafiman

(Menu : Western, Kacang Pool, Masakan Melayu)


Klik link di sini : Facebook Restoran Rafiman
Alamat : Jalan Baiduri, Taman Daiman, 81900 Kota Tinggi


13. Red Diamond Seafood

(Menu : Western, Seafood, Masakan Melayu)



Klik link di sini : Facebook Red Diamond Seafood
Alamat : No 5 Tingkat bawah Jalan Kota Kecil, 81900 Kota Tinggi Johor



Pengunjung yang datang bercuti ataupun mempunyai sebarang urusan di daerah Kota Tinggi bolehlah merancang perjalanan anda dan menghubungi kami untuk membuat tempahan berkaitan penginapan. Kami menyediakan penginapan 3 bilik sehingga 6 bilik.



Sila klik link di bawah untuk keterangan lebih lanjut

⇨ Rumah Anggerik 3 bilik

Sekiranya berminat sila hubungi

013-3691577   Haji Fadzlah
011-11994345 Farah


Untuk whatsapp sila klik link di bawah
⇩⇩⇩


Tuesday, 14 February 2017

Senarai Kedai harga murah di Kota Tinggi

Di sini saya sertakan sebahagian tempat-tempat membeli-belah yang sering menjadi kunjungan penduduk Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya. Setiap destinasi membeli-belah ini menawarkan harga yang murah dan berpatutan sesuai dengan bajet anda.





1.     KEDAI ECO RM2

alamat : Jalan Jaafar


Tidak perlu diperkenalkan lagi, kedai ini memang sering menjadi kunjungan penduduk di sini. Pemandangan barisan panjang semasa membayar di kaunter pembayaran merupakan pandangan yang biasa di sini. Sekiranya mahu mengelakkan diri dari beratur panjang hendaklah datang ke kedai ini pada pukul 9,30 pagi sewaktu awal pembukaan.

Barang-barang yang dijual kesemuanya berharga RM2,12. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperi barang keperluan rumah, botol air minuman, makanan, bahan plastik, alat tulis, barangan berkebun, buku tulis, barangan keperluan wanita, lelaki, kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.



2. KEDAI ALAT GANTI KERETA SENG LI MARKETING SDN BHD

alamat : Jalan Kerapu 1


Kedai ini menjual bermacam-macam barangan alat ganti kereta tak kira untuk apa jenis model kereta (cermin kereta, mentol lampu, bateri, timing belt, break pad, minyak enjin, dll)



3.      LITTLE GENIUS BABY PRODUCT CENTER

alamat : Jalan Kolam air

Kedai dua tingkat ini menjual pelbagai kelengkapan bayi dan ibu. Harga yang ditawarkan adalah sangat murah terutamanya lampin pakai buang dan produk susu formula. Bagi barangan lain, diskaun akan diberikan jika memiliki kad keahlian

Klik link ini untuk maklumat lanjut 


4.   KEDAI EMAS ANUAR

alamat : Jalan Niaga 9

Bagi penggemar barang kemas, kedai ini sering menjadi kunjungan kerana menawarkan harga emas per gram yang rendah dari harga pasaran. Diskaun istimewa juga diberikan kepada pemegang kad keahlian.

Klik link ini untuk maklumat lanjut 


5.  KEDAI KAIN DI BANDAR KOTA TINGGI  

Alamat : Jalan Niaga Utama

Terdapat berpuluh-puluh deretan kedai kain di sini. Diskaun diberikan jika pembeli bijak tawar menawar dengan penjual. Barang yang djual kain ela, pakaian lelaki wanita, kanak-kanak.



6.   Pasar Borong Tai Hong - menjual pakaian

alamat : jalan kemajuan

Pasar borong tai hong hanya beroperasi setiap hari Jumaat pagi. Pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak ada dijual di sini. Selain itu, terdapat barangan dapur basah turut dijual seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran.

Sila klik kedua-dua link di bawah untuk melihat barang-barang yang dijual ketika hari biasa dan hari raya


7.  ABDUL MOLOK B. ALI - menjual ayam segar

Alamat : Jalan Biru, Taman Laksamana

Kedai ini merupakan kedai pembekal daging ayam segar yang murah. Hanya dibuka pada waktu pagi hingga tengah hari sahaja.





8.   PERNIAGAAN SRI VINAYAGAR - menjual barang plastik dan polisterin

alamat : Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya

Jika ingin mencari barang plastik dan polisterin, kedai ini merupakan pilihan yang bagus. Pelbagai barangan plastik dan polisterin yang murah ada dijual di sini.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk bijak berbelanja.




Sunday, 12 June 2016

Shopping raya di Pasar Borong Tai Hong Kota Tinggi

Raya nak dekat ni, Jom kita shopping ke Pasar Borong Tai Hong pada hari Jumaat. Terdapat beribu-ribu pilihan baju raya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Apa yang menariknya banyak baju raya diberikan diskaun.

Jom kita cuci mata melihat apa yang ada di Pasar Borong Tai Hong.
Fesyen raya 2016 baju kurung polos bercorak dokoh patch

Jubah 

Baju kurung moden shiffon dihiasi sulaman manik
Baju kurung moden shiffon sulaman manik.meletiupss raya ni

Baju melayu lelaki pelbagai warna

Kain pasang yang menimbun sampai rambang mata.semua cantik-cantik

Dress labuh corak belang.effect jadi tinggi


Blouse wanita

Telekung sulam sesuai pakai semasa solat sunat hari raya

Kaftan shiffon dihiasi manik RM50 je


Blouse ni boleh dipadan dengan kain dan seluar


Baju kurung

Jubah kanak-kanak

Kain pasang lagi

shawl / selendang lelong RM10 je

 Baju kurung


Selendang macam-macam ton warna

Baju melayu kanak-kanak

sarung kusyen, table runner, alas meja untuk raya

Alamak tak cukup ke tengok gambar..Hehe takpe ade lagi gambar lain. Jom klik link kat bawah

Pasar Borong Tai Hong PART 1

Jom beramai-ramai sesakkan lagi di Pasar Borong Tai Hong Kota Tinggi. Hanya ada pada pagi Jumaat je tau!! AWASS Datanglah awal-awal pagi..kalau lambat memang confirm dah tak de parking

Jarak cuma 10 minit pemanduan dari Homestay Taman Guru Kota Tinggi

Bagi yang tinggal jauh dari Kota Tinggi, marilah menginap di Homestay kami

Anggerik 3 bilik
Bouganvilla 3 bilik