Ladang ini ditubuhkan pada tahun 1979 yang menempatkan buaya spesis crocodilus porosus. Pada asalnya keluarga pemilik telah memiliki seekor buaya dan diturunkan dari generasi ke generasi seterusnya.
Ladang buaya ini juga menempatkan buaya yang berusia sehingga 150 tahun dengan berat 600kg.
Buaya yang berusia dua tahun ke atas akan diberi makan 6-7 ekor ayam ataupun daging beku setiap hari. Jumlah makanan buaya mencecah sehingga 3 tan untuk jangka masa 3 hari. Manakala anak buaya pula akan diberi makan udang yang dikupas kulit.
Menurut pemilik seekor ibu buaya dapat berteluk sehingga 10 hingga 80 biji telur bergantung kepada usia haiwan ini. Tetapi tidak semua telur berjaya ditetaskan ekoran ancaman haiwan pemangsa seperti biawak dan ular dan risiko telur buaya yang rosak.
Senarai aktiviti untuk pengunjung yang datang adalah
- Bergambar bersama buaya,
- Memegang anak buaya (bayaran akan dikenakan)
- Memberi buaya makan
- Membeli cenderahati barang berasaskan kulit buaya dantulang buaya
- Membeli sup herba daging buaya (mempunyai khasiat meredakan penyakit asthma)
Bayaran yang dikenakan adalah sebnayak RM8 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak (tertakluk kepada perubahan).
Sumber gambar: Facebook Abu Bakar & Soroni Species Orchids
Sumber artikel: Utusan online & Tour Malaysia
Taman buaya ini dibuka pada jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang. Pengunjung yang tinggal di luar Kota Tinggi bolehlah merancang aktiviti percutian dan menginap di Homestay Taman Guru Kota Tinggi. Kami menyediakan penginapan untuk 3 bilik sehingga 6 bilik. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan mempunyai bilik air sendiri.
Homestay ini terletak di bandar Kota Tinggi dan jarak pemanduan 30 minit ke Taman Buaya Teluk Sengat.
Boleh klik link di bawah untuk membuat tempahan
Untuk keterangan lanjut. Anda juga dipelawa untuk
Call / SMS / WhatsApp
013-3691577 Haji Fadzlah
011-11994345 Farah
Untuk Whatsapp sila klik link dibawah
No comments:
Post a Comment