Pasar Borong Tai Hong yang terletak di Jalan Kemajuan, 81900 Kota Tinggi merupakan tempat kunjungan bukan sahaja penduduk Kota Tinggi, malah daerah yang berdekatan seperti Kulai, Ulu Tiram dan Johor Bahru.
Pasar Borong ini beroperasi pada awal pagi setiap hari Jumaat. Beraneka barangan keperluan terutamanya pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak banyak dijual di pasar ini. Selain itu, barang keperluan rumah seperti cadar, alatan dapur dan barang dapur basah seperti daging, ikan, ayam, sayur-sayuran turut dijual.
Apa yang menarik di pasar borong ini ialah beraneka pakaian yang dijual pada harga yang rendah. Malah anda akan berpeluang mendapat harga yang lebih rendah jika bijak tawar-menawar dengan penjual.
Pakaian wanita RM10
Blouse beraneka warna RM10
Seluar panjang bercorak RM10
Kain pasang RM10
Seluar tidur RM5 - RM10
Wahh murah-murah kan semuanya. Jom kita cuci mata lagi lihat gambar seterusnya
Baju kurung moden
Pelbagai jenis tudung fesyen terkini ada dijual
Blouse wanita 3 helai RM50
Skirt
Jom beramai-ramai membeli belah di pasar borong Tai Hong Kota Tinggi. Hanya ada pada hari Jumaat pagi sahaja. Jarak cuma 10 minit pemanduan dari Homestay Taman Guru Kota Tinggi
Bagi yang tinggal jauh dari Kota Tinggi, marilah menginap di Homestay kami
Sekiranya pengunjung ingin menempah 6 bilik, pintu penghubung antara dua unit rumah ini akan dibuka.
Untuk keterangan lanjut tentang tempahan homestay taman Guru Kota Tinggi
Sila sms, call ataupun whatsapp
Haji Fadzlah 013-3691577
Farah 011-11994345