Tuesday, 14 February 2017

Senarai Kedai harga murah di Kota Tinggi

Di sini saya sertakan sebahagian tempat-tempat membeli-belah yang sering menjadi kunjungan penduduk Kota Tinggi dan kawasan sekitarnya. Setiap destinasi membeli-belah ini menawarkan harga yang murah dan berpatutan sesuai dengan bajet anda.





1.     KEDAI ECO RM2

alamat : Jalan Jaafar


Tidak perlu diperkenalkan lagi, kedai ini memang sering menjadi kunjungan penduduk di sini. Pemandangan barisan panjang semasa membayar di kaunter pembayaran merupakan pandangan yang biasa di sini. Sekiranya mahu mengelakkan diri dari beratur panjang hendaklah datang ke kedai ini pada pukul 9,30 pagi sewaktu awal pembukaan.

Barang-barang yang dijual kesemuanya berharga RM2,12. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual seperi barang keperluan rumah, botol air minuman, makanan, bahan plastik, alat tulis, barangan berkebun, buku tulis, barangan keperluan wanita, lelaki, kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.



2. KEDAI ALAT GANTI KERETA SENG LI MARKETING SDN BHD

alamat : Jalan Kerapu 1


Kedai ini menjual bermacam-macam barangan alat ganti kereta tak kira untuk apa jenis model kereta (cermin kereta, mentol lampu, bateri, timing belt, break pad, minyak enjin, dll)



3.      LITTLE GENIUS BABY PRODUCT CENTER

alamat : Jalan Kolam air

Kedai dua tingkat ini menjual pelbagai kelengkapan bayi dan ibu. Harga yang ditawarkan adalah sangat murah terutamanya lampin pakai buang dan produk susu formula. Bagi barangan lain, diskaun akan diberikan jika memiliki kad keahlian

Klik link ini untuk maklumat lanjut 


4.   KEDAI EMAS ANUAR

alamat : Jalan Niaga 9

Bagi penggemar barang kemas, kedai ini sering menjadi kunjungan kerana menawarkan harga emas per gram yang rendah dari harga pasaran. Diskaun istimewa juga diberikan kepada pemegang kad keahlian.

Klik link ini untuk maklumat lanjut 


5.  KEDAI KAIN DI BANDAR KOTA TINGGI  

Alamat : Jalan Niaga Utama

Terdapat berpuluh-puluh deretan kedai kain di sini. Diskaun diberikan jika pembeli bijak tawar menawar dengan penjual. Barang yang djual kain ela, pakaian lelaki wanita, kanak-kanak.



6.   Pasar Borong Tai Hong - menjual pakaian

alamat : jalan kemajuan

Pasar borong tai hong hanya beroperasi setiap hari Jumaat pagi. Pelbagai jenis pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak ada dijual di sini. Selain itu, terdapat barangan dapur basah turut dijual seperti ikan, ayam, daging, sayur-sayuran.

Sila klik kedua-dua link di bawah untuk melihat barang-barang yang dijual ketika hari biasa dan hari raya


7.  ABDUL MOLOK B. ALI - menjual ayam segar

Alamat : Jalan Biru, Taman Laksamana

Kedai ini merupakan kedai pembekal daging ayam segar yang murah. Hanya dibuka pada waktu pagi hingga tengah hari sahaja.





8.   PERNIAGAAN SRI VINAYAGAR - menjual barang plastik dan polisterin

alamat : Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya

Jika ingin mencari barang plastik dan polisterin, kedai ini merupakan pilihan yang bagus. Pelbagai barangan plastik dan polisterin yang murah ada dijual di sini.




Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda untuk bijak berbelanja.